Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah merupakan lead agency dalam menerajui perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di negeri Sabah. Ke arah meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam persekutuan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah melalui portal rasmi jabatan ini telah menyediakan maklumat pejabat-pejabat Persekutuan beserta fungsi jabatan masing-masing. Maklumat ini dapat membantu orang awam untuk mendapat lokasi pejabat dan perkhidmatan yang disediakan.

Di samping itu, dalam era perkembangan ICT, bagi lebih memudahkan urusan dengan jabatan persekutuan, pejabat ini berusaha untuk memaparkan semua perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di negeri Sabah.

Saya percaya portal rasmi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan orang awam untuk mendapat maklumat-maklumat bagi berurusan dengan Jabatan Persekutuan dan Berkanun Persekutuan di negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datuk Makhzan Bin Mahyuddin
Setiausaha Persekutuan Sabah

Scroll to Top