📚 ILMU DIPERKASA, KOMPETENSI DIPERKUKUH! 💼✨
📍 Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
📅 11–12 November 2026
Ilmu diperkasa, kefahaman diperkukuh, kecemerlangan perkhidmatan terus dipacu!
Warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUP Sabah) terus komited mempertingkat kompetensi dan profesionalisme melalui Bengkel Job Description (JD) dan MyPortfolio yang berlangsung selama dua hari.
Bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab jawatan, sekali gus memantapkan pengurusan tugas yang lebih sistematik, cekap dan berkesan.
💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah undangan daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah, En. Asnan Sulung bin Sulaiman, serta barisan fasilitator, Puan Noraziela binti Ramlin dan Puan Rafeah binti Ramlan, atas kesudian berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman sepanjang bengkel berlangsung.
Sesungguhnya, segala perkongsian dan bimbingan yang diberikan amat bermakna dalam memperkasakan pengetahuan serta meningkatkan keupayaan warga PSUP Sabah.
🌟 Ilmu Ditimba, Kompetensi Dibina, Kecemerlangan Dijana!
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada budaya kerja yang lebih berkualiti, berintegriti dan berprestasi tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya.
#psupsabah #intansabah #JobDescription #myportfolio #pemerkasaankompetensi #pembelajaransepanjanghayat #perkhidmatanawam #MalaysiaMadani #SabahMajuJaya
... See MoreSee Less
🇲🇾 KEPIMPINAN DIPERKASA, KESELAMATAN SABAH TERPELIHARA! 🛡️✨
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS! 💐
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YDH DCP Datuk Abdul Fuad bin Abdul Malek atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap kewibawaan, kepimpinan, dedikasi serta komitmen beliau dalam memikul amanah demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
🛡️ Menjunjung amanah, memperkukuh keselamatan, memelihara kedaulatan.
Semoga kepimpinan YDH Datuk terus memperkasakan kesiapsiagaan keselamatan, memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh warga ESSCOM dan pasukan keselamatan atas segala pengorbanan, kecekalan serta khidmat bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam menjaga keselamatan perairan dan wilayah timur Sabah.
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam menerajui ESSCOM demi Sabah yang aman, makmur dan sejahtera.
Ikhlas daripada,
Datuk Zul Hadi bin Ahmad
Setiausaha Persekutuan Sabah
serta seluruh warga
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
🇲🇾 Bersama Memperkukuh Keselamatan, Merealisasikan Aspirasi Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya.
#TahniahDanSyabas #KomanderESSCOM #ESSCOM #KeselamatanSabah #KedaulatanNegara #SetiausahaPersekutuanSabah #MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya
... See MoreSee Less
✈️ JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI — KENANGAN INDAH DI BUMI SABAH 💐
📍 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)
📅 11 November 2026 | Rabu
Setiap pertemuan membawa kenangan tersendiri, dan setiap perjalanan membuka lembaran baharu yang indah. 🌷
YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad, Setiausaha Persekutuan Sabah, bersama isteri, Datin Norashidah binti Saidin, serta warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada YBhg. Datuk Mohd Razali, mantan Setiausaha Persekutuan Sabah, bersama isteri, YBhg. Datin Dr. Khairiah binti Abdullah, yang berlepas pulang ke Semenanjung Malaysia.
Pertemuan sederhana namun penuh makna ini menjadi kesempatan untuk berkongsi senyuman, menitipkan doa serta mengimbau kenangan indah sepanjang kebersamaan di bumi Sabah.
🌸 Setulus ingatan dan penghargaan atas segala kebaikan, bimbingan serta hubungan mesra yang telah terjalin sepanjang berada di Sabah. Semoga segala kenangan yang tercipta menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang.
Mengiringi perjalanan Datuk dan Datin dengan doa agar sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan bersama keluarga tersayang.
Walau jarak memisahkan, ingatan dan silaturahim tetap berpanjangan. ❤️
Selamat pulang, Datuk dan Datin. Semoga perjalanan dipermudah dan semoga kita berkesempatan untuk bertemu lagi.
Ada kenangan yang tidak perlu diucapkan panjang, cukup tersimpan indah dalam ingatan. 🤍
#sabahsentiasadihati #KenanganIndah #setulusingatan #supsabah #psupsabah #silaturahimberkekalan
... See MoreSee Less
👮🏻♂️ KEPIMPINAN BAHARU, KOMITMEN TEGUH DEMI KESELAMATAN SABAH! 🇲🇾
Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Bertugas diucapkan kepada YDH CP Datuk Victor bin Sanjos atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah.
Semoga pelantikan ini terus memperkukuh kepimpinan, memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam serta memperkasakan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Selamat menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menerajui pasukan keselamatan negeri Sabah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.
Ikhlas daripada:
DATUK ZUL HADI BIN AHMAD
Setiausaha Persekutuan Sabah
serta seluruh warga
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
🇲🇾 Malaysia MADANI | Berkhidmat Demi Negara
#tahniah #selamatbertugas #pesuruhjayapolissabah #PDRM #poliskontinjensabah #pejabatsetiausahapersekutuansabah #MalaysiaMadani
... See MoreSee Less
🫡 JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG, LEGASIMU TERBILANG! 🇲🇾
📅 10 November 2026 | Selasa
📍 Dataran Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah
Setinggi-tinggi penghargaan buat seorang pemimpin yang telah menabur bakti demi keamanan dan kesejahteraan Sabah.
YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad, Setiausaha Persekutuan Sabah, telah hadir ke Majlis Perbarisan Khas Persaraan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah, sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas segala jasa, pengorbanan serta kepimpinan cemerlang beliau sepanjang perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kehadiran Datuk Setiausaha Persekutuan Sabah turut mencerminkan hubungan erat dan semangat kebersamaan antara agensi Persekutuan dalam memperkukuh keselamatan, kestabilan serta kesejahteraan rakyat Sabah.
Persaraan bukanlah noktah kepada sebuah perjuangan, sebaliknya lambang sempurnanya sebuah amanah yang ditunaikan dengan penuh dedikasi dan integriti.
Datuk Setiausaha Persekutuan Sabah serta seluruh warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang tidak ternilai.
💐 Selamat Bersara, YDH Datuk!
Budi disanjung, jasa dikenang, legasi kepimpinan kekal menjadi inspirasi.
#selamatbersara #jasamudikenang #PDRMSABAH #setiausahapersekutuansabah #psupsabah #MalaysiaMadani #SabahMajuJaya
... See MoreSee Less