PROFIL JABATAN

Visi

Ke arah melestarikan hubungan mampan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan memudah cara penyelarasan projek pembangunan.

Misi

Memperkukuhkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti dengan mengadaptasi perubahan dan keperluan semasa.

Nilai-Nilai Bersama

  1. Amanah
  2. Responsif
  3. Berdisiplin
  4. Kreatif & Inovatif
  5. Akauntabiliti

Fungsi Jabatan

  1. Pemudahcara perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah;
  2. Mengurus Bangunan Gunasama Persekutuan, kuarters Persekutuan dan tanah-tanah Persekutuan di Negeri Sabah;
  3. Menyelaras dan memantau projek pembangunan Bangunan Gunasama Persekutuan dan kuarters Persekutuan di Negeri Sabah.
  4. Pemudahcara perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Negeri Sabah;
  5. Menyelaras usaha-usaha peningkatan kecekapkan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah;
  6. Menyelaras program-program lawatan pegawai Persekutuan ke Sabah dan menyelaras pelaksanaan program-program rasmi Persekutuan di Negeri Sabah.
Scroll to Top