- Mensasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP) bagi mempertimbangkan permohonan ruang pejabat baru/perlanjutan di bangunan swasta sebanyak 12 kali (sebulan sekali);
- Mensasarkan Mesyuarat Perumahan Persekutuan (JPP) bagi permohonan menduduki kuarters/Flat Persekutuan di bawah milik Pejabat Setiausaha Persekutuan diadakan enam (6) kali setahun( tertakluk pada kekosongan kuarters/flat yang ada );
- Pengurusan kutipan hasil pembayaran perkhidmatan dan ruang komersil setiap sepuluh (10) haribulan setiap bulan;
- Pengurusan permohonan kerja-kerja pembaikan kecemasan yang memerlukan tindakan segera dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima;
- Memastikan peruntukan bagi kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan di bawah Objek sebagai 28000 diguna dan dibelanjakan dengan sebaik mungkin dengan capaian prestasi perbelanjaan tidak kurang 90% daripada peruntukan yang diterima;
- Mensasarkan tuntutan perjalanan, tuntutan elaun lebih masa dan pembayaran bil-bil dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen tuntutan/invois diterima dengan lengkap;
- Mensasarkan pengambilan / pengisian warga PSUPS tidak kurang 80% daripada jumlah penjawatan yang diluluskan;
- Memastikan setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima;
- Mensasarkan warga PSUPS menghadiri kursus ataupun latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam masa setahun;
- Memastikan ketidakpatuhan teguran audit tidak lebih dari 3% (Jabatan Audit Negara dan Audit Dalam JPM);
- Pengurusan tender/sebutharga/kontrak/lanjutan diproses dalam tempoh tiga (3) bulan.
Piagam Pelanggan
Terakhir dikemaskini pada on Khamis, 02 Februari 2012 09:58





