Font Size

SCREEN

Profile

Cpanel
BahasaMelayuEnglish (UK)

Artikel

Kenyataan Sebutharga Kerja-Kerja Membekal Dan Memasang Jerejak (Grille) Tingkap Dan Pintu Di Blok B, Kompleks Kediaman Persekutuan Indah Permai, Kota Kinabalu

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal / kontraktor bertaraf BUMIPUTERA yang berpengalaman serta berkeupayaan dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bertaraf Kelas F Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) bertaraf Kelas F dan Lembaga Pembangunan Dan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Daerah KOTA KINABALU dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya untuk :-

 KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEASANG JEREJAK (GRILLE) TINGKAP DAN PINTU DI BLOK B, KOMPLEKS KEDIAMAN PERSEKUTUAN INDAH PERMAI, KOTA KINABALU

No Tawaran                   : SUPS/01/2017

Tarikh Tawaran              : 01 Februari 2017 (Rabu)

Tarikh Tutup                  : Tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 10 Februari 2017 (Jumaat)

Tempat Borang Dihantar: Peti Sebutharga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, 88400 Kota Kinabalu.

Satu lawatan akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh Lawatan              :03 Februari 2017 (Jumaat)           

Masa                              : 09.30 pagi

Tempat                          : Perkarangan Kompleks Kediaman Persekutuan Indah Permai, Daerah Kota Kinabalu

 

** Kontraktor diwajibkan mengikuti lawatan tapak dan taklimat projek pada tarikh tersebut. Hanya penama di dalam sijil PKK atau PUKONSA sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak dan TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil. Kontraktor yang tidak menghadiri lawatan tapak tidak layak untuk mendapatkan dokumen sebut harga. Sila bawa bersama sijil asal PKK atau PUKONSA yang masih sah tempoh laku. 

**Kontraktor diwajibkan mengemukakan sijil asal yang masih sah laku tempohnya semasa mengambil dokumen sebut harga. Salinan sijil tidak akan dilayan kecuali salinan sijil-sijil yang telah disahkan oleh pegawai dari pejabat yang mengeluarkannya sahaja.

Dokumen sebutharga juga akan dikeluarkan kepada Pemilik Syarikat yang SAH sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah mengemukakan surat perwakilan daripada pemilik syarikat.

Dokumen tawaran boleh didapati pada waktu pejabat seperti berikut:

Hari / Waktu    : Isnin - Khamis ( 9.00 pagi - 12.00 t/hari & 2.30 petang - 3.30 petang)

: Jumaat (9.00 pagi - 11.30 pagi & 2.30 petang - 3.30 petang)

Tempat            : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
                          Jabatan Perdana Menteri
                          Aras 7, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
                          Persekutuan Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

PERINGATAN: HANYA KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DI LOKALITI/ KAWASAN TEMPATAN SAHAJA YANG AKAN DIPERTIMBANGKAN

Pengiktirafan

LRQA

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Internet Explorer 8, Google Chrome

    Terakhir Dikemaskini: 31.07.2018.
Total: 254204

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Jabatan Perdana Menteri
Blok A, Aras 7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

  • Telefon: 088-488881
  • Faks: 088-488889

Berhubung dengan kami

Kami di Media Sosial. Sertai & berhubung dengan kami.
Anda di sini: Laman Utama