Font Size

SCREEN

Profile

Cpanel
BahasaMelayuEnglish (UK)

Sebutharga Bagi Kerja-kerja Penggantian Saluran Paip Bawah Tanah Secara Menyeluruh di Kuarters Persekutuan KM.5, Jalan Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu

Tawaran adalah dipelawa kepada Kotraktor bertaraf BUMIPUTERA yang berpengalaman serta berkeupayaan dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bertaraf kelas F atau Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) bertaraf Kelas F DAN Lembaga Pembangunan Dan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di DAERAH KOTA KINABALU dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya untuk;

Sebutharga Bagi Kerja-kerja Penggantian Saluran Paip Bawah Tanah Secara Menyeluruh di Kuarters Persekutuan KM.5, Jalan Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu

No Tawaran                   : SUPS/04/2016

Tarikh Tawaran              : 20 April 2016 (Rabu)

Tarikh Tutup                   : Tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 03 Mei 2016 (Selasa)

Tempat Borang Dihantar  : Peti Sebutharga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, 88400 Kota Kinabalu.

Satu lawatan tapak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh                             : 27 April 2016 (Rabu)

Masa                              : 10.00 pagi

Tempat                           : Perkarangan Flat Persekutuan KM.5, Jalan Kompleks Sukan Likas
                                        Daerah Kota Kinabalu

Kontraktor diwajibkan mengikuti lawatan tapak dan taklimat projek pada tarikh tersebut. Dokumen sebutharga tidak akan diberikan sekiranya kontraktor gagal menghadiri lawatan tapak dan taklimat projek. Sila bawa bersama Sijil asal PKK atau PUKONSA yang masih sah tempoh lakunya. Sekiranya wakil, sila sertakan surat perwakilan daripada pemilik syarikat.

HANYA PENAMA DALAM SIJIL PKK ATAU PUKONSA SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI LAWATAN TAPAK ATAU TAKLIMAT SEBUTHARGA

Kontraktor diwajibkan mengemukakan sijil asal yang masih sah laku tempohnya semasa mengambil dokumen sebutharga. Salinan sijil tidak akan dilayan kecuali salinan sijil-sijil yang telah disahkan oleh pegawai dari pejabat yang mengeluarkannya sahaja.

Dokumen sebutharga juga akan dikeluarkan kepada Pemilik Syarikat yang SAH sahaja.

Dokumen sebutharga boleh didapati pada waktu pejabat seperti berikut:

Hari / Waktu            : Isnin - Khamis ( 9.00 pagi - 12.00 t/hari & 2.30 petang - 3.30 petang)

                              : Jumaat (9.00 pagi - 11.30 pagi & 2.30 petang - 3.30 petang)

Tempat                   : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
                                Jabatan Perdana Menteri
                                Aras 7, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
                                Jalan UMS, 88400 KOTA KINABALU

 

PERINGATAN: HANYA KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DI LOKALITI/ KAWASAN TEMPATAN SAHAJA YANG AKAN DIPERTIMBANGKAN

 

Pengiktirafan

LRQA

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Internet Explorer 8, Google Chrome

    Terakhir Dikemaskini: 26.04.2018.
Total: 228800

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Jabatan Perdana Menteri
Blok A, Aras 7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

  • Telefon: 088-488881
  • Faks: 088-488889

Berhubung dengan kami

Kami di Media Sosial. Sertai & berhubung dengan kami.
Anda di sini: Laman Utama Arkib Pengumuman Sebutharga Bagi Kerja-kerja Penggantian Saluran Paip Bawah Tanah Secara Menyeluruh di Kuarters Persekutuan KM.5, Jalan Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu