Font Size

SCREEN

Profile

Cpanel
BahasaMelayuEnglish (UK)

Perutusan SUP

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat taufik dan hidayah-Nya, saya berpeluang meyampaikan perutusan sempena pelantikan saya sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang ke-18.

Sejajar dengan fungsi utama kewujudan Pejabat ini, saya percaya dan yakin Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) sangat komited dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni serta ikatan kerjasama yang erat antara jabatan dan warga kerja Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.

Saya percaya sikap kerjasama dan saling menghormati perlu diamalkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa kerja berpasukan akan menghasilkan hasil kerja yang berkualiti. Saya yakin kita dapat membina pasukan yang mantap dan kukuh sekiranya kita bersatu hati dan elakkan budaya kerja secara silo yang merugikan.
Izinkan saya memetik Firman Allah SWT untuk renungan bersama yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang ke jalanNya, dalam satu barisan binaan yang tersusun rapi." (Surah As-Saff : 4).

Saya mendoakan agar kita terus beristiqamah dan beriltizam melaksanakan perkhidmatan dengan lebih cemerlang dan berintegriti dalam menjalankan amanah yang telah ditetapkan. Keselesaan stakeholder dan rakyat hendaklan menjadi asas perkhidmatan yang diberikan.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Dato' Samsuni Bin Mohd Nor
Setiausaha Persekutuan Sabah
1 Januari 2020

Kempen Penggantian Kad Akses Keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah untuk memastikan kad akses keselamatan diperbaharui setiap 2 tahun. Sila rujuk tarikh pengeluaran kad di muka belakang kad bagi mengetahui tarikh tamat tempoh akses. Dapatkan borang penggantian di Seksyen Muat Turun.

Kempen Penggunaan Sistem eTempahan

Untuk makluman Tuan/Puan, Sistem eTempahan telah boleh digunakan untuk menempah bilik gunasama di Aras 1 dan Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Tempahan bilik gunasama boleh dilaksanakan secara atas talian melalui pautan http://etempahan.psupsabah.gov.my

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Encik Mohamad Azwani bin Razab
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
088-488881 samb. 115

Encik Nin bin Junid
Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran)
088-488881 samb. 116

Pengiktirafan

LRQA

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Internet Explorer 8, Google Chrome

    Terakhir Dikemaskini: 14.07.2020.
Total: 335960

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Jabatan Perdana Menteri
Blok A, Aras 7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

  • Telefon: 088-488881
  • Faks: 088-488889

Berhubung dengan kami

Kami di Media Sosial. Sertai & berhubung dengan kami.
Anda di sini: Laman Utama Arkib Pengumuman