Soalan Lazim
2. Saya kehilangan kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Bagaimana saya boleh mendapatkan kad gantian?
Setiap kehilangan kad individu bagi kad akses keselamatan hendaklah dilaporkan kepada Pejabat ini melalui surat rasmi dari jabatan tuan / puan dengan menyertakan sekali borang permohonan beserta gambar dan bayaran denda sebanyak RM30 secara tunai atau wang pos atas nama “SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH”.
3. Perlukah saya membuat laporan polis bagi setiap kes kehilangan kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah?
Tidak. Merujuk kepada Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011, PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGEMUKAKAN LAPORAN POLIS YANG TIDAK MERUPAKAN SUATU KEHENDAK UNDANG-UNDANG DALAM BERURUSAN DENGAN AGENSI KERAJAAN, laporan polis adalah tidak lagi diperlukan.
4. Adakah kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah mempunyai tamat tempoh?
Ya. Setiap kad mempunyai tempoh sah selama 2 tahun bermula dari tarikh kad dikeluarkan. Sila rujuk pada muka belakang kad untuk mengetahui tarikh kad dikeluarkan. Sekiranya telah tamat tempoh, tuan / puan hendaklah menukar kepada kad yang baru dengan kadar yang segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul.